isu semasa

 Setiap kali aku membuka media sosial atau berita antarabangsa, hati ini seolah-olah disiat perlahan-lahan. Gambar kanak-kanak tidak berdosa dibaluti debu runtuhan, jeritan ibu mencari anak, wajah pejuang yang tidak lagi menangis kerana air mata mereka sudah kering. Segala situasi ini datangnya dari satu tempat iaitu Palestin, Gaza. 

Konflik di Palestin bukanlah cerita baharu. Sejak dari tahun 1974, konflik ini terjadi hinggalah sekarang. Namun apa yang berlaku kini jauh lebih dahsyat daripada sekadar serangan balas atau ketegangan politik tetapi ini adalah krisis kemanusiaan yang menuntut lebih daripada sekadar simpati dan tindakan serta kesedaran global. 

Sejak Oktober 2023, Gaza telah diserang tanpa henti. Puluhan ribu nyawa terkorban. Majoritinya adalah wanita dan kanak-kanak. Ada wanita yang diperkosa dan dibunuh secara kejam. Infrastuktur asas seperti hospital, sekolah dan bekalan air telah dimusnahkan. Lebih 2 juta rakyat Gaza hidup dalam keadaan terperangkap, kelaparan dan ketakutan. Segala bantuan seperti makanan dan keperluan asas yang disumbang oleh negara-negara luar disekat. Semua bantuan tersebut tidak sampai kepada mereka. 

Media barat sering menggambarkan konflik ini seolah-olah perang dua hala. Namun hakikatnya, ia adalah penjajahan satu pihak ke atas yang lain selama lebih 70 tahun. Rakyat Palestin bukan hanya mempertahankan tanah mereka, tetapi hak untuk hidup secara bermaruah. Mereka mempertahankan tanah islam, tanah yang suci. Kanak-kanak yang lahir di Gaza tidak pernah melihat dunia tanpa sekatan. Mereka hidup di bawah langit yang penuh dengan drone, bukan bintang. Mereka belajar mengeja bukan dengan buku seperti kita tetapi dengan kesedihan dan kehilangan. 

Apa yang berlaku di Gaza bukan sahaja menguji rakyat Palestin, tetapi juga kemanusiaan kita sendiri. Adakah kita akan terus hidup selesa sambil membiarkan mereka dihancurkan hari demi hari. Gaza mungkin jauh di mata tetapi jangan biarkan ia sesekali jauh di hati kita. Mungkin harini ini kita hanya menulis atau membaca tentang Gaza. Tapi esok, semoga kita menjadi suara yang lantang, tangan yang memberi dan hati yang tidak pernah berhenti peduli. 

Comments

Popular posts from this blog

seni dan budaya

pengalaman memasuki kelas bbk3410