pengalaman memasuki kelas bbk3410
Hari ini 18 Mac 2025, aku bangun dengan semangat yang baru. Hari ini aku akan memulakan kelas pertama di semester 2 secara dalam talian. Kelasku dimulakan dengan subjek penglahiran bakat kreatif (BBK3410). Pada mulanya, aku bingung subjek ini tentang apa. Hatiku terdetik apakah yang aku akan belajar. Itulah soalan yang kerap bermain di fikiranku sejak aku menerima jadual kelasku. Perkataan BBK 3410 membuatku bingung. Namun aku yakin ini pasti subjek yang menarik bagiku dan aku yakin bahawa aku mampu untuk mempelajari subjek ini.
Kelas bermula pada pukul 8 pagi. Saat aku masuk kelas tersebut, aku kagum dengan semangat pensyarahku ketika itu. Beliau sangat bersemangat menyampaikan hujahnya. Beliau juga menerangkan secara terperinci tentang subjek tersebut. Aku teruja dengan setiap maklumat yang diberikan dan aku tidak sabar untuk mempelajarinya nanti. Setiap intipati yang disampaikan aku catat dengan berhemah.
Tepat jam 11 pagi, pensyarahku mengakhiri kelasnya. Sesungguhnya aku tidak sabar menanti minggu-minggu seterusnya untuk terus belajar dan memahami
Comments
Post a Comment