Posts

kritikan dunia hiburan

 Hiburan sepatutnya menjadi ruang rehat bagi minda, penwar kepada jiwa yang penat dan pentas kepada bakat serta kreativiti. Tetapi hari ini, dunia hiburan semakin berubah antara seni yang jujur dan sensasi yang murahan, garisnya semakin kabur,  Dahulu, dunia hiburan dihormati kerana mempersembahkan karya yang menyentuh hati. Teater yang mendidik, lagu yang mengangkat semangat dan filem yang membangkitkan nilai. Hari ini, tajuk utama bukan lagi tentang pencapaian seni tetapi tentang siapa bergaduh dengan siapa, siapa pakai baju apa dan siapa yang buat kontroversi yang terbaru. Bakat kini bersaing dengan populariti murahan. Karya seni bersaing dengan kandungan viral tanpa nilai.  Walaupun begitu, tidak semua dalam dunia hiburan gelap dan mengecewakan. Ada juga artis, pengarah dan pencipta konten yang berani membawa tema pendidikan, agam dan isu masyarakat. Ada juga menghsilkan karya yang menyentuh jiwa tanpa menjual kontroversu dan ada yang menggunakan pengaruh mereka untuk...

Kritikan terhadap drama atau filem

Dalam dunia hiburan moden hari ini, drama dan filem menjadi santapan harian masyarakat. Dari kaca TV ke skrin telefon pintar, kita disajikan dengan pelbagai genre dan jalan cerita  cinta, aksi, mistik, kisah masyarakat, bahkan fiksyen sains. Tapi persoalannya  adakah semua karya ini berkualiti? Atau sekadar mengisi masa tanpa meninggalkan makna Drama dan filem bukan sekadar alat hiburan. Ia adalah cermin kepada realiti, suara kepada yang diam, dan kadangkala menjadi agen perubahan sosial. Ia boleh mendidik  seperti kisah perjuangan, nilai kekeluargaan, kisah benar berinspirasi. Ia boleh mempengaruhi pemikiran , gaya hidup dan bahkan emosi masyarakat. Ia juga mampu mewakili identiti budaya dan bangsa . Namun, masalah timbul apabila seni ini disalah guna untuk meraih rating, mengejar kontroversi, atau meniru tanpa jiwa. Plot klise dan berulang-ulang menyebabkan cerita menjadi hambar. Pelakon yang dipilih berdasarkan populariti dan bukan kebolehan menyebabkan kualiti lakonan...

Pengalaman Menyertai Kem Kepimpinan

Image
 Bermula dari tarikh 30 Mei hingga 2 Jun, aku mencabar diriku untuk menyertai kem kepimpinan. Pada mulanya, aku sangat ragu-ragu kerana aku tahu kem ini akan mencabar minda dan fizikal. Namun aku kuatkan diri untuk menyertainya.  Pada hari pertama menyertai kem, semua diajar untuk membina khemah yang akan menjadi tempat tinggal kami. Semua bekerjasama dan menolong antara satu sama lain membina khemah masing-masing. Pada petang hari pula, kami mula melakukan aktiviti yang lasak iaitu jungle trekking. Aktiviti tersebut sangat mencabar fizikal kami kerana perlu berjalan dari basement camp ke checkpoint. Malam itu, kami tidur di dalam hutan beralaskan kanvas dan beratapkan langit. Sungguh aku tak sangka yang aku akan merasai pengalaman tersebut. Memasak menggunakan kayu api, menggoreng ayam tanpa sebarang perisa dan menjaga unggun api untuk mengelakkan haiwan buas datang. Itu pengalaman yang amat bermakna bagiku. Keesokan harinya, kami melakukan aktiviti water confident. Kami perl...

Agama: Panduan Hidup, Bukan Sekadar Rutin

Dalam hidup yang semakin pantas, kadangkala kita terlupa akan perkara yang paling asas hubungan kita dengan tuhan. Dunia menuntut banyak daripada kita. Kerja, pelajaran, sosial media, hubungan sesama manusia. Tapi dalam semua itu, kita sebenarnya sedang mencari satu perkara yang sama iaitu ketenangan. Dan ketenangan itu, kita sering temui dalam agama.  Ramai melihat agama sebagai sekumpulan larangan dan batasan. Tapi jika kita benar-benar fahami, agama bukan untuk menyekat tetapi untuk melindungi dan membimbing. Solat lima waktu contohnya bukan sekadar kewajipan tetapi rehat hati lima kali sehari. Puasa bukan sekadar menahan lapat tetapi latihan disiplin dan empati. Zakat bukan beban kewangan tetapi cara menyucikan harta dan membantu yang memerlukan. Agama bukan untuk meyusahkan hidup tetapi untuk menyelamatkan hidup.  Sebagai anak muda, kita sering bergelut untuk mencari identiti, makna hidup dan arah tuju. Kadangkala kita rasa kosong walaupun hidup nampak sempurna di luar. D...

Anak muda: Harapan atau Cabaran Masa Depan ?

 Dunia hari ini bergerak pantas. Teknologi semakin berkembang, informasi membanjir dan cabaran kehidupan semakin kompleks. Di tengah-tengah arus itu, berdirilah anak muda. Generasi yang bukan sekadar mewarisi dunia tetapi juga membentuknya semula. Persoalannya, apakah anak muda hari ini sekadar penonton atau sebenarnya pemain utama dalam pentas masa depan.  Anak muda adalah kumpulan yang paling bersemangat, bertenaga dan penuh cita-cita. Merekalah yang berani mencuba, mencabar status quo dan menolak sistem yang sudah lapuk. Daripada perubahan sosial hingga inovasi teknologi, anak muda selalu berada di barisan hadapan. Tetapi dalam semangat itu, hadir juga persoalan di mana adakah mereka benar-benar bersedia. Anak muda zaman sekarang menghadapi pelbagai cabaran. Kenaikan kos hidup, isu pengangguran dan tekanan media sosial menjadikan ramai anak muda tertekan dan hilang arah. Dalam dunia tanpa sempadan, ramai yang keliru antara budaya asal dan pengaruh luar. Ada yang kehilangan ...

pakaian tradisional

 Bila menyebut kelantan, ramai terbayang budu, nasi kerabu dan dialek kecek kelate yang unik. Tetapi di sebalik keistimewaan makanan dan bahasa, ada satu lagi warisan yang tak kurang hebatnya iaitu pakaian tradisional Kelantan. Ia bukan sahaja cantik tetapi kaya dengan nilai budaya dan identiti.  Wanita kelantan biasanya memakai baju kurung teluk belanga. Baju kurung klasik yang ringkas tetapi elegan. Baju ini biasanya dipadankan dengan kain batik lepas atau kain songket. Jahitan halus di leher dan hujung lengan menampakkan kesopanan dan kelembutan. Selain itu, kebaya pendek juga menjadi pilihan bagi wanita-wanita kelantan, terutama dalam majlis rasmi dan kebudayaan. Ia dipadankan dengan kain batik bercorak bunga atau corak yang lain dengan penuh dengan elemen alam semula jadi. Yang membezakan pakaian wanita Kelantan ialah cara lilitan kain batik yang dikenali sebagai kain ikat sebelah. Ia lebih longgar dan praktikal sesuai dengan gaya hidup kampung yang aktif. Lelaki kelantan...

pengalaman membaca buku kreatif

 Aku masih ingat sewaktu aku kecil, aku membaca bukan kerana disuruh tetapi kerana ingin tahu. Setiap helaian buku seolah-olah membuka pintu ke dunia yang tak pernah aku jejak. Namun, bila usia semakin meningkat dan dewasa, bacaan aku makin berkisar pada nota kuliah, artikel ilmiah dan dokumen rasmi. Sehinggalah satu hari, aku kembali mencapai sebuah buku kreatif. Buku kreatif yang bukanlah teks akademik tetapi hasil seni seorang penulis yang bermain dengan emosi, metafora dan imaginasi. Dan dari situ, aku jatuh cinta sekali lagi.  Buku kreatif yang aku baca bukanlah novel cinta tipikal atau cerita dongeng lama. Ia adalah gabungan puisi, cerita pendek dan esei reflektif. Ia disusun dengan gaya bahasa yang halus dan penuh jiwa. Ayatnya ringkas tetapi menikam. Ceritanya pendek tetapi mendalam.  Membaca buku kreatif membuat aku sedar bahawa bahasa bukan sekadar alat komunikasi tetapi ia adalah seni. Penulis tidak hanya menulis apa yang dia fikir tetapi mengajak kita merasai ...