Agama: Panduan Hidup, Bukan Sekadar Rutin

Dalam hidup yang semakin pantas, kadangkala kita terlupa akan perkara yang paling asas hubungan kita dengan tuhan. Dunia menuntut banyak daripada kita. Kerja, pelajaran, sosial media, hubungan sesama manusia. Tapi dalam semua itu, kita sebenarnya sedang mencari satu perkara yang sama iaitu ketenangan. Dan ketenangan itu, kita sering temui dalam agama. 

Ramai melihat agama sebagai sekumpulan larangan dan batasan. Tapi jika kita benar-benar fahami, agama bukan untuk menyekat tetapi untuk melindungi dan membimbing. Solat lima waktu contohnya bukan sekadar kewajipan tetapi rehat hati lima kali sehari. Puasa bukan sekadar menahan lapat tetapi latihan disiplin dan empati. Zakat bukan beban kewangan tetapi cara menyucikan harta dan membantu yang memerlukan. Agama bukan untuk meyusahkan hidup tetapi untuk menyelamatkan hidup. 

Sebagai anak muda, kita sering bergelut untuk mencari identiti, makna hidup dan arah tuju. Kadangkala kita rasa kosong walaupun hidup nampak sempurna di luar. Di sinilah agama memainkan peranan. Bukan untuk menghakimi tetapi untuk memeluk kita yang sedang mencari. 

Agama mengajar kita bahwa kita tidak perlu sempurna untuk kembali kepada tuhan, setiap orang mempunyai masa dan fasa tersendiri dan tuhan itu maha penyayang serta dia tahu isi hati kita dan yang terbaik untuk kita. 

Dalam dunia yang nising, agama adalah suara yang mengajak kita diam seketika dan melihat ke dalam. Dalam dunia yang menilai rupa dan pencapaian, agama melihat niat dan keihklasan. Dan dalam dunia yang selalu berubah, agama adalah tempat paling tetap dan tenang untuk kita berpaut. 

"Kita tak perlu jadi sempurna untuk dekat dengan tuhan. Kita hanya perlu mula walau dengan satu langkah yang kecil."

Comments

Popular posts from this blog

isu semasa

seni dan budaya

pengalaman memasuki kelas bbk3410