kritikan dunia hiburan
Hiburan sepatutnya menjadi ruang rehat bagi minda, penwar kepada jiwa yang penat dan pentas kepada bakat serta kreativiti. Tetapi hari ini, dunia hiburan semakin berubah antara seni yang jujur dan sensasi yang murahan, garisnya semakin kabur,
Dahulu, dunia hiburan dihormati kerana mempersembahkan karya yang menyentuh hati. Teater yang mendidik, lagu yang mengangkat semangat dan filem yang membangkitkan nilai. Hari ini, tajuk utama bukan lagi tentang pencapaian seni tetapi tentang siapa bergaduh dengan siapa, siapa pakai baju apa dan siapa yang buat kontroversi yang terbaru. Bakat kini bersaing dengan populariti murahan. Karya seni bersaing dengan kandungan viral tanpa nilai.
Walaupun begitu, tidak semua dalam dunia hiburan gelap dan mengecewakan. Ada juga artis, pengarah dan pencipta konten yang berani membawa tema pendidikan, agam dan isu masyarakat. Ada juga menghsilkan karya yang menyentuh jiwa tanpa menjual kontroversu dan ada yang menggunakan pengaruh mereka untuk menyebarkan mesej yang positif dan amal kebajikan.
Dunia hiburan tidak akan berubah selagi penontonnya masih menyokong apa yang salah. Kita sebagai penonton dan pengguna juga memainkan peranan yang penting. Jangan mudah dijadikan mangsa kandungan murahan, Pilih untuk menyokong karya yang ada nilai. Kritik dengan beradab dan jadikan hiburan sebagai ruang membina bukanlah merosakkan.
Comments
Post a Comment