Pengalaman Menyertai Kem Kepimpinan




 Bermula dari tarikh 30 Mei hingga 2 Jun, aku mencabar diriku untuk menyertai kem kepimpinan. Pada mulanya, aku sangat ragu-ragu kerana aku tahu kem ini akan mencabar minda dan fizikal. Namun aku kuatkan diri untuk menyertainya. 

Pada hari pertama menyertai kem, semua diajar untuk membina khemah yang akan menjadi tempat tinggal kami. Semua bekerjasama dan menolong antara satu sama lain membina khemah masing-masing. Pada petang hari pula, kami mula melakukan aktiviti yang lasak iaitu jungle trekking. Aktiviti tersebut sangat mencabar fizikal kami kerana perlu berjalan dari basement camp ke checkpoint. Malam itu, kami tidur di dalam hutan beralaskan kanvas dan beratapkan langit. Sungguh aku tak sangka yang aku akan merasai pengalaman tersebut. Memasak menggunakan kayu api, menggoreng ayam tanpa sebarang perisa dan menjaga unggun api untuk mengelakkan haiwan buas datang. Itu pengalaman yang amat bermakna bagiku.

Keesokan harinya, kami melakukan aktiviti water confident. Kami perlu berenang di dalam air terjun. Kedalaman air terjun tersebut sebanyak 5 meter. Sejujurnya, aku memang tak reti berenang. Berbekalkan semangat dari kawan-kawan seperjuangan, aku paksa dan cabar diriku dan alhamdullilah aku berjaya. Banyak lagi aktiviti yang kami lakukan. Kebanyakannya latihan dalam kumpulan. 

Pengalaman menyertai aktiviti sebegini ialah pengalaman yang paling bermakna. Ia mengajar aku erti kesabaran, berkerjasa dan banyak lagi. 

Comments

Popular posts from this blog

isu semasa

seni dan budaya

pengalaman memasuki kelas bbk3410