pengalaman di kampung

 Orang selalu tanya, "Tak bosan ke duduk kampung?". Itulah persoalan yang sering ditanya oleh sebahagian kenalanku. Aku senyum saja. Bukan sebab tak tahu nak jawab apa tetapi kerana mereka tak pernah rasa apa yang saya rasa. Tinggal di kampung bukan kekurangan tetapi ia adalah kelebihan yang tak semua orang dapat. 

Aku lahir di bandar tetapi membesar di kampung. Setiap pagi kokokan ayam mengejutkan aku. Setiap petang pula bermain kejar-kejar  atau bermain basikal pusing satu kampung dengan rakan sekampung. Kami tak perlukan pusat beli-belah atau hiburan moden. Cukuplah ada tanah lapang untuk kami bermain dengan kawan-kawan kami. Rumah kami mungkin tidak besar seperti rumah dibandar tetapi pintunya sentiasa terbuka untuk tetamu. Di kampung, orang lebih mengenal hati daripada hati.

Tinggal di kampung mengajarku banyak perkara. Aku diajar untuk menghormati orang tua, menyapa jiran dan hulur tangan bila nampak orang perlukan bantuan. Semua itu tiada dalam subjek di sekolah tetapi itulah budaya harian di kampung. 

 Di kampung, liputan internet kadang terputus. Tatkala sedang menelaah pelajaran atau sedang menghadiri kelas dalam talian, internet terputus secara tiba-tiba itu perkara biasa. Tetapi kami tidak merungut malah di sinilah kami belajar erti sabar dan bersyukur. Kesederhanaan hidup kampung bukanlah kelemahan tetapi ia kekuatan yang membentuk hati lebih tabah dan ikhlas. 

Aku bangga tinggal di kampung. Di sinilah aku belajar erti kerja keras, hormat, tolong menolong dan hidup dalam komuniti. Kampung menjadikan aku kuat, bukan lemah. Bijak merendah diri dan bukan rendah nilai diri. Dan kalau diberi pilihan untuk dilahirkan semula, aku tetap mahu dilahirkan sebagai anak kampung. 

Comments

Popular posts from this blog

isu semasa

seni dan budaya

pengalaman memasuki kelas bbk3410