pengalaman di kolej
Kolej. Merupakan rumah keduaku.Tempat aku tinggal, tempat aku makan, tempat aku melakukan segalanya. Kolej bukan sahaja tempat tinggal tetapi separuh dari jiwaku. Kalau orang tanya aku, "Macam mana hidup di kolej?", aku tak mampu jawab dengan satu ayat. Hidup di kolej bukan sekadar tentang belajar da;am bilik kuliah. Ia adalah satu penggembaraan emosi, mental dan sosial yang membentuk aku menjadi siapa aku hari ini.
Hari pertama melangkah ke kolej, aku masih ingat betapa asing dan sunyinya dunia tanpa keluarga. Aku sering menitiskan air mata apabila teringat akan keluarga di rumah. Dulu, semua benda disediakan. Setiap kemahuan dan keperluanku disediakan oleh ibu bapaku tanpa rungutan. Tapi kini, aku belajar untuk membuat semuanya sendiri. Lipat baju, bajet duit makan, cari bilik air yang kosong ketika waktu puncak. Semuanya menjadi pengalaman pertama. Semuanya menjadi kenangan yang sangat indah
Di sinilah aku belajar berdikari. Di sinilah aku mula kenal siapa diri aku bila tiada siapa yang uruskan aku.
Siapa sangka orang yang aku tak pernah kenal sebelum ini kini menjadi rakan seperjuangan, tempat bercerita dan berkongsi gelak tangis. Dari roomate yang kongsi makanan tengah malam sampai rakan sekelas yang tolong hantar nota waktu aku sakit. Mereka jadi sebahagian daripada cerita hidup aku.
Aku masih ingat malam-malam kami belajar sampai subuh, berbual hingga lewat malam, gelak ketawa sewaktu berkunjung kafe dan senyap sunyi waktu masing-masing rindu rumah. Aku juga ingat akan kenangan kami menyertai aktiviti kolej. Kami sedaya upaya berusaha menyertai setiap program yang diadakan untuk mengejar merit. Merit sangat penting untuk kami sebagai seorang pelajar. Walaupun tidak cukup masa, penat dan kadang-kadang terkejar-kejar masa sendiri, tapi kami seronok melakukan itu semua.
Semua kenangan ini akan aku simpan dalam koyak hati, sebab ia bukan sekadar memori tetapi ini adalah bukti bahawa aku pernah hidup dan bertahan.
Comments
Post a Comment